Lazada Malaysia

Sunday, September 30, 2012

Ruang Iklan Untuk Disewa

Assalamualaikum.

Ada sesiapa yang nak menyewa iklan di blog Solehah? Tidak kira sama ada nak iklankan produk dari blogshop ataupun blog sendiri, saya terima dengan hati terbuka. Harga yang saya tawarkan setakat ni hanya RM5 sebulan. Jika berminat, boleh emel saya ke :
pinkgemstone90@gmail.com

Di sini, saya ingin mengulas mengenai statistik pengunjung ke blog ini untuk bulan ini.

Trafik untuk bulan September 2012 - Statistik berdasarkan Negara.


Trafik untuk bulan September 2012 - Statistik berdasarkan Pelayar Bebas.


Trafik untuk bulan September 2012 - Statistik berdasarkan Sistem Operasi.


UV untuk bulan September 2012


Jika berminat, bolehlah segera emelkan saya ke :

EMEL : pinkgemstone90@gmail.com
FACEBOOK : Solehah Shamsuddin
TWITTER : SolehahOfficialBlog

Saturday, September 29, 2012

Kerana Facebook, Twitter Dan Blog, Si Dia Cemburu Buta



Siapa kat sini sokong dengan ayat di atas? Saya yakin hampir keseluruhan korang sokong dengan tajuk di atas. Ye saya pun begitu. Saya juga sokong ayat di atas. Kerana Facebook, Twitter Dan Blog, Si Dia Cemburu Buta. Kenapa si dia cemburu? Rasanya banyak sebab yang dapat disimpulkan di sini. Saya juga tak pernah terelak dari situasi di atas. Kerana semua ini, si dia tinggalkan saya. Saya buntu sekarang ni, patot ke saya berhenti menggunakan facebook, twitter dan blog untuk kebaikan kami berdua? Kerana si dia tak bagi saya guna ketiga-tiga laman ni dah. Saya keliru. Kawan-kawan, tolong bagi pendapat please...

Friday, September 28, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 3)

Assalamualaikum.

Okay, saya tau ni kali ketiga saya update mengenai "Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear". Kenapa cerita pasal Hanis je dan kenapa mesti Hanis? Kalau nak tau kenapa saya suka cik Hanis ni, adalah kerana Hanis ni serba boleh. Hanis merupakan seorang blogger yang terkenal, juga seorang pelakon dan juga  sebagai seorang pengacara televisyen. Hebatkan dia ni? Teringin nak jadi macam dia, tapi apakan daya saya ni malu-malu kucing orangnya... :)

Okay, berbalik pada tajuk entry. Kali ni saya mengajukan soalan mengenai supplement untuk muka pula. Kalau nak tengok entry yang lepas, boleh klik SINI dan SINI.


Itulah apa yang diterangkan oleh Hanis. Rupanya saya dah terlepas untuk baca entry Hanis mengenai supplement ni. Nampaknya kena geledah semula blog Hanis. Terima kasih Hanis sudi jawab soalan saya tu.

Teringin nak join juga? Boleh KLIK SINI. Nantikan chit-chat ini pada hari Isnin minggu hadapan dengan tajuk perbincangan mengenai "How to dress up to make a great impression!". Jangan lupa, bersiap sedia dengan soalan korang untuk diajukan pada Hanis nanti! :) 

* Hari ini 28 September 2012, Hanis Zalikha akan keluar bersiaran di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9, pukul 8 pagi. Jangan lupa tonton ye semua...

Thursday, September 27, 2012

Award For My 500th Follower

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah akhirnya follower blog saya kini sudah mencecah 500 followers. Siapakah gerangan follower bertuah itu? Jeng, jeng, jeng orangnya ialah Anahitha Suhana



Terima kasih Anahitha Suhana kerana sudi menjadi follower ke-500 blog akak ye. Sebagai tanda penghargaan, ambillah award di bawah sebagai tanda penghargaan daripada akak.




Semoga dengan award ni, adik Anahitha akan terus berjaya di dalam dunia blogging. Dan juga akak doakan adik Anahitha terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Chaiyok!!! :)

Wednesday, September 26, 2012

MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA

Assalamualaikum.

http://www.bicaramakdara.com/2012/09/mak-dara-sila-sampaikan-ucapan-saya.html

Saya nak join segmen Mak Dara ni. Sentiasa support Mak Dara ye. Harap-harap saya terpilih nanti. Aamine...

6 ayat yang saya nak Mak Dara tuliskan :
1. My Love
2. From 14 August 2011 until now, we know each other
3. And until now, we still together
4. I hope our love stay forever
5. I hope we live happily ever after
6. Because I am you and you are me

Tips : Dukan Diet " Diet Cara Kate Middleton "

Pernah dengar mengenai Dukan Diet dan ingin kurus seperti Kate Middleton? Untuk pengetahuan semua, Kate Middleton pernah menggunakan Dukan Diet ni sebelum majlis pertunangannya dengan Putera William. Diet dan rutin senaman Kate Middleton mendapat banyak publisiti semasa majlis perkahwinan diraja. Sehingga kini Kate Middleton kehilangan banyak berat badan. Berat badan Kate Middleton kini adalah £ 130 (58.967kg) dengan ketinggian 5'10 inci (177.8cm).

Dukan diet sebenarnya dicipta oleh seorang doktor dari Perancis iaitu Pierre Dukan. Dukan diet ini mempunyai 4 fasa iaitu :

1. Attack Phase
(Fasa Serangan)

Dalam fasa serangan, diet terhad kepada protein sahaja. Walaupun hanya putih telur merupakan protein tulen, daging tanpa lemak, ikan, makanan laut, ayam dan produk tenusu tanpa lemak juga boleh menjadi sumber kepada protein tulen. Protein akan menyebabkan kita berasa kenyang. Korang boleh mengikut diet ini selama 2-7 hari bergantung kepada berapa banyak berat badan yang korang ingin kurangkan. Lagi lama korang berada dalam fasa ini, lagi banyak berat badan akan dikurangkan.

2. Crucial Phase
(Fasa Penting)

Dalam fasa ini, diet protein semasa fasa satu tadi diselang-selikan dengan sayur-sayuran hijau atau yang siap dimasak. Korang boleh menyelang-selikan kedua-dua jenis makanan ini (korang boleh makan sayur-sayuran seberapa banyak yang korang hendak). Ini membantu dalam membakar banyak kalori. Tapi, protein dan sayur-sayuran ini tidak diboleh dicampur dalam satu hidangan. Jadi, makanlah macamana yang korang mahu. Pagi makan protein, tengah hari makan sayur ke. Kekalkan peringkat ini sehingga mencapai sasaran korang. Dengan kaedah ini korang akan kehilangan satu paun untuk setiap 5 hari. 

3. Consolidation Phase
(Fasa Penyatuan)

Ini adalah fasa yang menyebabkan badan rasa release. Dua fasa sebelum ini merupakan fasa yang sangat tegas tetapi pada fasa ketiga, badan kita tidak akan rasa terlalu tertekan. Dalam fasa ini, korang boleh menambah 2 keping roti dan satu bahagian buah-buahan dan keju ke dalam diet korang. Selain itu korang juga boleh menambah 2 hidangan karbohidrat. Tindak balas berbalik, korang dinasihakan untuk berada dalam fasa ini selama 5 hari bagi setiap 5 pound korang hilang semasa fasa 2. Dengan memudahkan badan korang kembali ke tabiat makan biasa, ia juga membantu menghalang semua berat badan yang hilang daripada kembali.

4. Permanent Stabilising Phase
(Fasa Menstabilkan Tetap)

Fasa ini adalah di mana bermulanya semula kehidupan normal. Makanlah apa sahaja yang korang inginkan , tetapi hanya mengambil makanan yang sihat. Tetapi, sehari dalam seminggu, korang kena kembali ke fasa pertama tadi (terhad kepada protein).

Ha, macamna? Dah tahu kan cara-cara untuk berdiet bersama Dukan Diet. Apa lagi, jomlah sama-sama amalkan Dukan Diet ni untuk mendapat berat badan yang ideal dan langsing seperti Kate Middleton. Selamat mencuba! :)

Tuesday, September 25, 2012

Jom tingkatkan followers sampai lebam


Assalamualaikum.

Hari ini saya nak join satu segmen. Agak lama juga saya tak join segmen kan. Apa kata kawan-kawan yang lain, jomlah turut serta dalam segmen ni ye. Mana tahu dapat tingkatkan follower korang nanti. Syarat-syarat ni mudah saje, cuma : KLIK SINI.

Kolej Islam Darul Ridzuan, Perak - Pengambilan Pelajar Baru Kemasukan November 2012


Pengambilan pelajar baru untuk kemasukan November dibuka sekarang. Anda boleh menggunakan Sistem Online Kemasukan yang terdapat di laman online kiperak.edu.my. Sekiranya terdapat pertanyaan sila berhubung dengan pegawai Kolej Islam Darul Ridzuan. Layari SINI.

Monday, September 24, 2012

Tutorial : NuffnangX Serta Cara Mendaftar NuffnangX

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Nuffnang baru melancarkan satu applikasi daripada mereka yang dinamakan sebagai NuffnangX. NuffnangX ialah aplikasi baru untuk pembaca blog. NuffnangX, aplikasi mudah alih yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman membaca blog korang! Dengan NuffnangX, korang boleh membaca update blog terbaru pada suapan korang, menjalankan perbualan dengan blogger kegemaran korang di mana sahaja, dan menemui blog baru setiap hari, dikategorikan mengikut minat korang. Alahai, korang paham ke apa yang saya terangkan ni. Kalau paham, apa kata korang turut serta dalam NuffnangX ni.

Untuk mengetahui cara mendaftar akaun NuffnangX, sila ikuti tutorial di bawah. Berikut cara-caranya :

1. Mula-mula, korang layari Sini.

2.  Korang boleh pilih hendak "Sign in with Facebook" ataupun "your email".

3. Isi butiran sign up tersebut jika korang mendaftar melalui "Email Address". Klik "Sign me up!

4. Selesai mendaftar, korang akan masuk semula akaun NuffnangX korang tu. Korang editlah apa-apa yang patut dalam akaun tu.

5. Di dalam akaun NuffnangX korang tu nanti, korang akan nampak di sebelah atas bahagian kanan akan ada nama yang korang sudah daftarkan tadi. Klik situ dan pilih "Claim your blog".

6. Klik "Claim your blog now".

7. Masukkan link blog korang ke dalam kotak tersebut dan klik "Find my blog". 

8. Klik "CLAIM".

9. Korang boleh pilih di antara dua pilihan samada nak "Verify blog only" ataupun "Verify my blog and integrate NuffnangX Conversations". Klik "Choose".

10. Masukkan kod yang diberikan, ke dalam blog. Jika nak tau cara-cara nak masukkan kod ke dalam blog, sila baca penerangan dari "WHERE TO PASTE THIS CODE". Jangan lupa untuk verify kod tu tau!

11. Siap!

Kemungkinan tutorial ni nampak pening sedikit, tapi sebenarnya mudah. Korang jangan lupa follow akaun NuffnangX saya DI SINI ye. Dulu, ada yang bertanya pada saya kat mana tempat komen entry blog saya. Sebenarnya tempat komen entry saya masa tu ialah pada NuffnangX conversation yang korang jumpa tu. Oleh disebabkan ada yang masih tak tahu, saya tukar kembali kepada asal. Apa-apapun, selamat mencuba! :)

Sunday, September 23, 2012

Tutorial : Simbol Dan Istilah Dalam Twitter

Assalamualaikum.

Bukan semua di sini yang ada Twitter dan bukan semua yang ada akaun Twitter tahu menggunakan Twitter. Betul tak? Samalah seperti saya dulu, agak kekok menggunakan Twitter. Maklumlah Twitter ni agak susah untuk digunakan berbanding Facebook. Kepada yang masih kekok ataupun masih nak berjinak-jinak menggunakan Twitter ni, haruslah tau simbol serta istilah yang digunakan di dalam Twitter. Nanti tak adalah korang pening-pening membelek akaun Twitter korang tu.

1. Followers : Orang yang mengikuti twitter kita dan akan menerima setiap pembaharuan yang dilakukan.

2. Following : Orang yang kita ikuti dalam twitter. Kita akan menerima setiap update orang yang kita follow.

3. Retweet : Menulis atau membuat pengulangan tweet orang lain dalam profile kita sendiri dan biasanya diikuti dengan nama orang yang membuat tweet pertama kali.

4. Trends : Juga dikenali sebagai "Trending Topics" iaitu topik yang sedang hangat di antara pengguna Twitter sedunia. Biasanya "trending topics" ini akan muncul dan selalu di update pada halaman twitter kita.

5. Over Head : Simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet milik orang lain pada status kita tetapi kita tidak ingin mentionkan siapa yang menuliskannya. Jadi, ia sama dengan retweet, cuma tidak di 'mention' kan siapa penulis tweet itu. Ditulis di depan tweet yang ingin kita masukkan.

6. Direct messages : Kita boleh menghantar mesej peribadi kepada seseorang yang follow twitter kita dan kita hanya boleh dapat mesej peribadi daripada seseorang yang kita follow. Pesanan hanya akan dapat dibaca oleh penerima dan tidak akan ditayangkan kepada mana-mana followers anda. 

7. Tanda @ : Untuk men "tag" atau mengkhususkan tweet kepada salah seorang teman kita seperti @Solehah90 .  Simbol "@" disebut sebagai "mention" atau "connect" dalam twitter. 

8. Hash Tags # : Tanda pagar ini biasanya digunakan untuk mempermudah pencarian topik yang sedang hangat di twitter. Segala perkara yang anda kongsikan akan ditayangkan kepada pengikut anda dan akan juga ditayangkan di satu laman atau sebuah kumpulan mereka yang mempunyai hashtag yang sama. Contoh: Jika anda menulis sesuatu dan meletakkan #BahasaTwitter, apa yang anda kongsikan turut akan dibaca oleh mereka yang mempunyai hash tags " #BahasaTwitter ".

9. Favorites : Untuk menyimpan tweet tertentu yang diinginkan (tweet yang kita suka).

10. HeardThrough (HT) : Simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet berdasarkan sesuatu yang kita dengar dalam kehidupan nyata. HT ditulis di depan tweet yang ingin kita dimasukkan.

Saturday, September 22, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Kemenangan di dalam Asian Wave 2012 merupakan suatu kemenangan yang sangat bermakna buat Shila Amzah untuk tahun 2012. Tahniah Shila Amzah untuk kemenangan ini. Shila Amzah berjaya mengalahkan peserta lain yang turut serta dalam Asian Wave 2012. Dikatakan superstar suatu ketika pada pusingan awal, Shila Amzah buktikan dirinya adalah terbaik antara 12 penyanyi yang bertanding dalam final Asian Wave 2012. Media-media di China masing-masing membuat liputan mengenai Shila Amzah yang berasal dari Malaysia yang berjaya menjadi juara Asian Wave 2012 dengan lagu Cina. Shila Amzah, anda memang terbaik!



Tajuk Lagu : Forever Love
Nyanyian Asal : Lee Hom


Tajuk Lagu : Set Fire To The Rain
Nyanyian Asal : Adele


Tajuk Lagu : Gemilang
Nyanyian Asal : Jaclyn Victor


Persembahan Penuh Shila Amzah

Shila Amzah, congrates!...

Friday, September 21, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 2)


Assalamualaikum.

Rasanya pasti korang ingat lagi entry saya mengenai chit chat bersama Hanis Zalikha untuk pertama kali. Klik SINI. Dulu saya ada tanya mengenai penjagaan muka, kali ni saya bertanya mengenai shopping pula. Seperti biasa, Hanis akan balas semua komen korang. Teringin nak join juga? Klik SINI. Berikut antara perbualan kami yang di "printscreen" kan :


Seperti biasa, saya nak minta tolong korang semua undi saya di dalam Peraduan Ekspresi Kejelitaanmu bersama Mad Markets. Cara-caranya :


1. Klik SINI kemudian "Like app" tersebut. 
2. Klik bahagian "Galeri".
3. Di bahagian kotak "Cari", taip nama Solehah Binti Shamsuddin".
4. Klik gambar kasut Hawkeye tersebut dan klik butang "Like" pada gambar. Link gambar : HAWKEYE.
5. Terima kasih pada yang sudi undi saya. Jasa korang akan saya kenang selamanya.

Thursday, September 20, 2012

Warga Malaysia Kahwin Warga Asing Harus Daftar Perkahwinan Dengan JPN


Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China," katanya.

Beliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu.

Sementara itu, datuk kepada Jonathan, Loo Choon Seng, 72, berkata cucunya dilahirkan di Malaysia sebelum pendaftaran perkahwinan anaknya dan ini menyebabkan dia tidak dapat mendaftar sebagai pemilik Mykad.

Loo berkata anaknya berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia namun selepas cucunya berusia enam bulan baru mereka mendaftarkan perkahwinan.

"Kami telah membuat pemohonan Mykad sejak tiga tahun yang lalu namun disebabkan status kewarganegaraan adalah mengikut ibu, cucu tidak dapat berdaftar sebagai pemilik Mykad.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan hari kerana meluluskan pemohonan cucunya saya sebagai warganegara Malaysia untuk membolehkannya memohon Mykad," katanya.

- BERNAMA-

Wednesday, September 19, 2012

Prosedur Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing


Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

- Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
- Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
- Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
- Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
- Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:

Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).

Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).

Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara

Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

- Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Nikah
- Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
- Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
- Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.

* Nota : Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah perkahwinan mereka selesai supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan. 

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Tuesday, September 18, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear


Sebenarnya sudah lama saya nantikan peluang keemasan ini untuk bersembang dengan Hanis Zalikha dan ternyata peluang itu ada. Orang kata dapat bersembang sekali dengan seseorang yang korang harapkan akan membuatkan hidup korang cukup bermakna. Semalam, akhirnya impian saya tercapai untuk berchatting dengan Hanis Zalikha. Ini pertama kali saya bersembang dengan Hanis Zalikha. Terima kasih Hanis Zalikha kerana sudi membalas komen saya. Jom tengok apa yang kami borakkan :


"Solehah Shamsuddin" - nama fb saya. Teuja betul saya bila tengok Hanis layan komen saya tu. Maklumlah memang ramai lagi yang bersembang dengan dia tu. Korang nak bersembang dengan Hanis Zalikha juga? Kalau nak, bolehlah selalu lawat laman fb Clean & Clear di SINI dan undi saya di SINI.

Cara-cara undian:
1. Klik SINI kemudian "Like app" tersebut. 
2. Klik bahagian "Galeri".
3. Di bahagian kotak "Cari", taip nama Solehah Binti Shamsuddin".
4. Klik gambar kasut Hawkeye tersebut dan klik butang "Like" pada gambar. Link gambar : HAWKEYE.
5. Terima kasih pada yang sudi undi saya. Jasa korang akan saya kenang selamanya.

p/s : Ajaklah kawan-kawan yang lain untuk turut serta dalam chit-chat bersama Hanis Zalikha. Nantikan peluang seterusnya pada hari Khamis ini jam 9 malam. Selamat berchit-chat...

Monday, September 17, 2012

Antillia (Rp 9,2 Triliun) - Rumah Paling Mewah Dan Mahal Di Dunia


Assalamualaikum.

Berikut ialah penerangan mengenai Antillia :
  • Berlokasi di Mumbai, India.
  • Rumah ini memiliki 6 tingkat tempat letak kereta untuk menampung 168 keretanya, jakuzi, gim, tempat luncur ais, bioskop peribadi dengan kapasiti 50 tempat duduk, tempat mendarat helikopter, kolam renang, Kuil Krishna, bar, perpustakaan dan dua tingkat pusat kesihatan.
  • Seni bina yang indah dengan tradisi unik dari India yang biasa disebut Vastu Shastra. Amat susah menggambarkannya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana indahnya seni bina dalam rumah ini.
  • Rumah ini mempunyai 27 lantai dan seluas 40.000 meter persegi yang juga dikenali sebagai ‘The Taj Mahal of the 21st Century’.








Inilah pemilik sebenar rumah ini; Mukesh dan Nita Ambani.

Saturday, September 15, 2012

Putera William Dan Kate Middleton Membuat Lawatan Ke Malaysia Selama 3 Hari

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang sudah tahu kehadiran pasangan diraja Britain ini iaitu Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia. Memang cukup meriah sambutan yang diadakan. Malahan pasangan diraja ini juga teruja dengan para hadirin yang turut serta dalam majlis ini.

Sekitar Ketibaan Putera William dan Kate Middleton di KLIA
(13 September 2012)

Pasangan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari dan terus menuju ke agenda pertama sempena lawatan kerja tiga hari. Lawatan Kate Middleton ke Malaysia agak unik apabila beliau buat pertama kali akan memberikan ucapan di khalayak ramai di luar negara dan ini sesuatu yang di nantikan ramai.






Sumber : Roti Kaya

Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Taman KLCC
(14 September 2012)

Putera William dan Kate Middleton membuat kemunculan serta sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin sekitar jam 10.00 pagi. Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu. Pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini.








  
Sumber : Roti Kaya

Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Masjid Assyakirin, KLCC
(14 September 2012)

Inilah pertama kali dalam hidup Kate Middleton melawat ke sebuah masjid. Berita ini dilaporkan oleh Daily Mail UK. Pasangan Diraja ini dilihat membuka kasut sebelum memasuki Masjid Assyakirin berhampiran KLCC dalam sesi lawatan mereka. Apa yang turut menarik perhatian apabila Kate kelihatan berpakaian hampir sama seperti mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu melawat Pakistan dulu.



Sumber : Amazing Nara

Pasangan Diraja Berlepas Ke Kota Kinabalu, Sabah
(15 September 2012)

Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula kelmarin. Putera William dan Kate Middleton berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang semalam. Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.

Sumber : Berita Harian

Tutorial : Memasang Widget Alexa Rank

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh laman web Alexa berdasarkan jumlah trafik ataupun pengunjung pada sesebuah laman. Alexa Rank pada sesebuah laman akan selalu berubah kerana ianya akan dikira berdasarkan analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari.

Terdapat dua ranking yang berbeza iaitu Ranking Global (Global Rank) dan juga ranking pada Ranking Dalam Malaysia (Rank in MY). Kita boleh mengetahui ranking Alexa kita melalui laman web Alexa itu sendiri.

Atau dalam erti kata yang lebih senang difahami – Lebih rendah angka Alexa Rank kita, lebih popular blog kita. Tidak semestinya Global Rank akan sama turun jika Rank MY turun.

CARA MUDAH MEMASANG WIDGET ALEXA RANK

Cara Pertama : Memasang widget alexa pada blog anda.

Cara Pemasangan :

1. Buka "SINI" dan klik "Create an Account".

2. Selepas siap mendaftar, masuk semula ke akaun Alexa.

3. Masuk "SINI".

4. Pada bahagian "Free plan", klik "Sign up".

5. Masukkan link blog ke dalam kotak "Website URL".

6. Pilih "Option 2". Di dalam "Option 2" akan ada kod. Copy semua kod tu. Bukak dashboard blog korang di new tab dan paste kod tadi di bahagian "Layout" blog. Kemudian "Save".

7. Pada bahagian kod Alexa yang korang copy tadi, klik perkataan "Verify my ID".

8. Siap! 

Cara Kedua : Menginstal alexa toolbar pada browser anda.

Cara Pemasangan :

1. Pada halaman alexa.com, klik "Toolbar".

2. Jika menggunakan browser Firefox, maka halaman yang tampil adalah seperti ini.


3. Klik "Get Sparky" lalu ikuti petunjuknya untuk menginstal alexa toolbar.

4. Jika anda menggunakan browser Internet Explorer, maka halaman yang muncul adalah seperti ini.


5. Klik "Install Now" untuk menginstal alexa toolbar pada browser anda.

6. Jika sudah restart browser anda lalu lihat hasilnya.

Selamat Mencuba.